- Lain-lain
Xi Utus Surat Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-130 Universiti Sichuan
Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini membalas surat kepada warga pendidik dan mahasiswa Universiti Sichuan sempena ulang tahun ke-130 penubuhan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tersebut.
Dalam perutusannya itu, Xi mengucapkan tahniah kepada seluruh kakitangan, mahasiswa dan alumni universiti berkenaan.
Beliau turut menyatakan harapannya supaya seluruh warga universiti dapat meneruskan legasi revolusi, selain memanfaatkan kelebihan integrasi antara bidang merangkumi kemanusiaan, sains, kejuruteraan dan perubatan, agar berusaha membangunkan universiti tersebut sebagai perintis dan teladan dalam melaksanakan strategi negara pada era baharu, serta menyumbang kepada pembinaan negara hebat dalam pendidikan, sains dan teknologi serta bakat.
Untuk rekod, Universiti Sichuan pada asalnya ditubuhkan pada 1896 sebagai 'Sichuan Chinese and Western School', merupakan IPT terawal yang dibuka di wilayah barat daya China.
Baru-baru ini, seluruh warga pendidik dan mahasiswa Universiti Sichuan telah mengutus surat kepada Presiden Xi untuk melaporkan perkembangan dan pencapaian universiti, serta menzahirkan tekad mereka untuk terus berbakti di bahagian barat tanah air dan berdedikasi memajukan pendidikan demi negara.
- Xi Ucap Tahniah kepada Universiti Pertanian China Sempena Ulang Tahun ke-120
- Xi Utus Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-130 Universiti Tianjin
- Xi Utus Tahniah Ulang Tahun ke-100 Universiti Sun Yat-sen
- Xi Galak OUC Terus Lakar Kemajuan Teknologi Marin
- Selamat Datang Mahasiswa Baharu!
- Xi Balas Surat Profesor Universiti Tsinghua
- Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-70 NUDT
- Xi Ucap Tahniah kepada Universiti Yunnan Sempena Ulang Tahun ke-100nya




