Mesyuarat Tahunan Lembaga Pengarah AIIB Dirasmikan di Doha

(CRI)Selasa 29 September 2026

Mesyuarat Tahunan Lembaga Pengarah Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB)ke-11 dirasmikan di Doha, ibu negara Qatar pada Isnin.

Presiden AIIB, Zou Jiayi ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian berkata, meskipun ketidakpastian global semakin meningkat, pembangunan infrastruktur kekal menjadi tonggak utama dalam memacu pertumbuhan, memperkasakan daya tahan dan mencipta peluang baharu.

Menurut beliau, AIIB merancang untuk menggandakan saiz kelulusan pinjaman tahunannya kepada kira-kira USD20 bilion menjelang tahun 2030, dengan tumpuan utama diberikan kepada projek melibatkan sektor daya tahan iklim, tenaga boleh diperbaharui, transformasi digital, kesalinghubungan serantau, perlindungan alam semula jadi, dan kesejahteraan rakyat.

Menurut data terkini, AIIB telah meluluskan lebih 400 projek secara kumulatif, dengan jumlah pembiayaan sebanyak hampir USD80 bilion, memberikan manfaat kepada 43 negara anggota dalam mahupun luar rantau Asia, selain sentiasa mengekalkan penarafan kredit tertinggi AAA daripada agensi penilaian kredit utama antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan