- Lain-lain
China Antara Negara Dengan Kadar Jenayah Paling Rendah di Dunia
Bilangan kes jenayah dan pembunuhan yang direkodkan di China sepanjang tahun 2025 dilaporkan mencecah paras terendah pada abad ini.
Statistik yang dibentangkan dalam Persidangan Kerja Pembinaan China Selamat itu turut mendedahkan tahap rasa selamat dalam kalangan masyarakat kini mencecah 98.23 peratus, sekali gus mengekalkan rekod penanda aras melebihi 98 peratus bagi tempoh enam tahun berturut-turut.
Pada separuh pertama tahun ini, bilangan kes jenayah mencatatkan penurunan sebanyak 16.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Bagi pecahan kes jenayah berat pula, kes bunuh dilaporkan menyusut 11.4 peratus, manakala kes membabitkan pemilikan atau penggunaan senjata api merekodkan penurunan ketara sebanyak 53.3 peratus, sekali gus merupakan rekod terendah yang pernah dicapai.
China juga menjadi salah satu negara dengan kadar kes jenayah, indeks pembunuhan dan peratusan kes jenayah senjata api paling rendah di dunia.




