- Lain-lain
Armada Pengiring ke-48 Angkatan Tentera Laut China Akhiri Lawatan di Myanmar

Armada pengiring ke-48 Angkatan Laut Tentera Pembebasan China (PLA) belayar meninggalkan pelabuhan Yangon pada Isnin Petang, sekali gus mengakhiri lawatan persahabatan selama lima hari ke Myanmar.
Sepanjang lawatan tersebut, tentera laut kedua-dua negara telah mengadakan pelbagai sesi pertukaran dan komunikasi yang praktikal dan menyeluruh.
Komander armada berkenaan turut mengadakan pertemuan rasmi dengan barisan kepimpinan tentera dan kerajaan Myanmar.
Selain itu, askar China turut mengunjungi pangkalan latihan tentera laut Myanmar.
Tentera laut kedua-dua negara juga turut melakukan sesi lawatan ke kapal perang serta pertukaran ilmu dan kepakaran, sekali gus memperkukuh hubungan persahabatan.
Ketua Staf Tentera Laut Myanmar Thein Htoo memuji lawatan ini dan berpendapat lawatan ini merupakan peluang penting untuk meningkatkan kepercayaan dan memperdalam kerjasama antara tentera laut kedua-dua negara.
- Myanmar Berharap Eratkan Kerjasama dengan China dalam Segenap Aspek - Min Aung Hlaing
- Myanmar Mahu Pergiat Kerjasama Praktikal dengan China
- Xi Jinping Bertemu Presiden Myanmar di Beijing
- Menteri Luar Myanmar Dijadual Adakan Lawatan Tiga Hari ke China
- China, Myanmar Ikrar Perkukuh Pertukaran Peringkat Tinggi
- Menteri Luar China, Myanmar Berbincang di Nay Pyi Taw
- China Ucap Tahniah Atas Kejayaan Pilihan Raya Terbaharu Myanmar
- Minggu Filem China 2025 Dilancar di Myanmar
- Mesyuarat Peringkat Menteri Kerjasama Keselamatan Penguatkuasaan Undang-undang Ke-8 China-Myanmar di Beijing
- Xi Terima Kunjungan Pemangku Presiden Myanmar




