Robot Kastam Percepat Import Produk Segar Asia Pasifik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 18 November 2026

Dengan mengimbas label, memeriksa manifes dan mengenal pasti maklumat kargo, robot kastam di pelabuhan masuk Lapangan Terbang Shenzhen di provinsi Guangdong, selatan China, mengaktifkan “mod pantas” untuk membantu pemeriksaan buah-buahan, produk akuatik serta keluaran segar lain. Robot ini memendekkan masa pemeriksaan manual, membantu produk segar dari merata Asia Pasifik masuk ke pasaran China dan sampai ke meja makan pengguna dengan lebih cepat.

Video

Berita Berkaitan