- Lain-lain
China, AS Adakan Mesyuarat Kumpukan Kerja Perjanjian Perundingan Ketenteraan Maritim di Shanghai
Tentera China dan Amerika Syarikat (AS)mengadakan mesyuarat kumpulan kerja kali kedua dan mesyuarat tahunan 2026 di bawah Perjanjian Perundingan Keselamatan Ketenteraan Maritim (MMCA)di Shanghai, timur China pada 18 hingga 20 November.
Mesyuarat bagi melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, dan menggalakkan hubungan ketenteraan China-AS berkembang secara sihat, stabil dan mampan.
Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan ikhlas, praktikal dan konstruktif tentang situasi keselamatan laut dan udara di kedua-dua negara.
Mereka turut membuat penilaian terhadap pelaksanaan Peraturan Tata Laku Keselamatan Pertemuan di Udara dan Laut sepanjang tahun lalu, selain membincangkan langkah-langkah untuk menambah baik situasi keselamatan ketenteraan maritim kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak juga bersetuju mengenai agenda mesyuarat kumpulan kerja bagi tahun 2027.
- PM Li Hadir Sidang Kemuncak China-ASEAN di Filipina
- China Hasrat Protokol Penaiktarafan CAFTA Versi 3.0 Berkuat Kuasa Seawal Mungkin - MFA
- Pertandingan Kemahiran Memasak Pelajar Kolej Vokasional China-ASEAN Diadakan di Guangxi
- Drama Mikro Pendek China Makin Jadi Produk Audiovisual Global Keempat
- Tentera China Bakal Sertai Latihan Ketenteraan Sempena ADMM-Plus di Indonesia
- China, ASEAN Ikrar Perkasa Kerjasama dalam Bidang Substantif, Lonjakkan Ikatan Bilateral
- "Dialog Pelancongan China-ASEAN" Terokai Laluan Baharu Kerjasama Pelancongan
- Kerjasama Saling Menguntungkan China-ASEAN Berada di Tahap Terbaik
- Wang Yi Kemuka Empat Cadangan Dalam Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN di Manila
- Wang Yi Dijadual Hadiri Mesyuarat Menteri Luar China–ASEAN




