Adora Flora City Mula Pelayaran Komersial Sulung

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 23 November 2026

Seorang pelancong berinteraksi dengan sebuah robot di Adora Flora City, kapal pesiar besar kedua buatan China pada 22 November 2026. (Xinhua)

Seorang pelancong berinteraksi dengan sebuah robot di Adora Flora City, kapal pesiar besar kedua buatan China pada 22 November 2026. (Xinhua)

Kapal pesiar besar kedua buatan China, Adora Flora City, berlepas untuk pelayaran sulungnya Ahad lalu, menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha negara memajukan pelancongan kapal pesiar dan menjana penggunaan.

Membawa lebih 3,800 penumpang, kapal berkenaan bertolak dari Guangzhou di provinsi Guangdong untuk perjalanan enam hari lima malam ke Hong Kong serta Hue, Vietnam.

Berukuran 341 meter panjang dengan muatan kasar 141,900 tan, kapal ini mempunyai 2,130 kabin dan boleh memuatkan sehingga 5,232 penumpang.

Pembinaan Adora Flora City bermula pada Ogos 2022. Dikendalikan oleh Adora Cruises di bawah China Tourism Group, kapal itu diserahkan di Shanghai, timur China, pada 6 November sebelum melakukan pelayaran ujian pertama pada 9 November.

Adora Flora City lebih besar dan direka dengan lebih kemas berbanding kapal pesiar besar pertama buatan domestik China, Adora Magic City, yang setakat ini telahpun melakukan kira-kira 250 pelayaran sejak memulakan operasi komersial pada Januari 2024.

Pada 2027, Adora Flora City dijadualkan membuat 50 pelayaran antarabangsa dari pelabuhan asalnya di Guangzhou, menawarkan itinerari perjalanan berjangka pendek dan panjang ke destinasi termasuk Vietnam, Malaysia dan Brunei.

Foto yang diambil pada 22 November 2026 ini menunjukkan Adora Flora City, kapal pesiar besar kedua buatan China, di Pelabuhan Induk Kapal Pesiar Antarabangsa Nansha Guangzhou di provinsi Guangdong, selatan China. (Foto oleh Xu Jianmei/Xinhua)

Pelancong mengesahkan tiket di tempat menunggu Pelabuhan Induk Kapal Pesiar Antarabangsa Nansha Guangzhou, selatan China, 22 November 2026. (Foto oleh Xu Jianmei/Xinhua)

Foto yang diambil pada 22 November 2026 ini menunjukkan Adora Flora City, kapal pesiar besar kedua buatan China, di Pelabuhan Induk Kapal Pesiar Antarabangsa Nansha Guangzhou di provinsi Guangdong, selatan China. foto/(Xinhua)

Foto yang diambil pada 22 November 2026 ini menunjukkan bahagian dalam Adora Flora City, kapal pesiar besar kedua buatan China. (Xinhua)

Foto yang diambil pada 22 November 2026 ini menunjukkan bahagian dalam Adora Flora City, kapal pesiar besar kedua buatan China. (foto/Xinhua)

Artis membuat persembahan di atas Adora Flora City, kapal pesiar besar kedua buatan China, 22 November 2026. (Xinhua)

Artis membuat persembahan di atas Adora Flora City, kapal pesiar besar kedua buatan China, 22 November 2026. (foto/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan