Ding Xuexiang akan Lawat Singapura, Pengerusikan Mesyuarat Mekanisme Kerjasama Dua Hala

(CRI)Sabtu 21 November 2026

Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang akan mengadakan lawatan ke Singapura dari 22 hingga 23 November, atas undangan Timbalan Perdana Menteri Singapura Gan Kim Yong, menurut jurucakap Kementerian Luar China pada Jumaat.

Sempena lawatan itu, Ding yang juga ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), akan bersama-sama Gan mempengerusikan empat mesyuarat di bawah mekanisme kerjasama dua hala China-Singapura.

Mesyuarat tersebut ialah Mesyuarat ke-22 Majlis Bersama Kerjasama Dua Hala China-Singapura, Mesyuarat ke-27 Majlis Pimpinan Bersama Taman Perindustrian Suzhou China-Singapura, Mesyuarat ke-18 Majlis Pimpinan Bersama Bandar Ekologi Tianjin China-Singapura, dan Mesyuarat ke-10 Majlis Pimpinan Bersama Inisiatif Demonstrasi dalam Kesalinghubungan Strategik China-Singapura (Chongqing).

Video

Berita Berkaitan