AS Tiada Hak Bersuara Berhubung Sekretariat BBNJ: MFA

(CRI)Khamis 26 November 2026

China membidas tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan sokongan terhadap bidaan bersama Belgium dan Chile untuk menjadi tuan rumah Sekretariat Perjanjian Laut Lepas (BBNJ), sambil menegaskan Washington tiada hak bersuara dalam isu berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun berkata, AS bukanlah negara pihak kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) mahupun perjanjian biodiversiti marin terbabit.

Guo menegaskan bahawa menurut perjanjian berkenaan, keputusan berhubung pemilihan lokasi sekretariat, penubuhan serta model operasi mekanisme pertukaran maklumat dan lokasi mesyuarat badan subsidiari hendaklah ditentukan sepenuhnya oleh persidangan pihak-pihak pemeterai.

Beliau turut mengingatkan pelbagai pihak supaya berwaspada terhadap sebarang cubaan untuk mempolitikkan perkara berkenaan dan mencetuskan konfrontasi dalam proses itu.

Perjanjian BBNJ secara rasmi dikenali sebagai Perjanjian di bawah Konvensyen PBB berkaitan Pemuliharaan dan Penggunaan Mampan Kepelbagaian Biologi Marin di Kawasan Luar Bidang Kuasa Negara yang diluluskan oleh negara anggota PBB pada Jun 2023.

Video

Berita Berkaitan