- Lain-lain
Kerjasama Pendidikan China-Britain Tertumpu pada Sembilan Bidang Utama
Mesyuarat Rundingan Menteri Pendidikan China-Britain telah diadakan semula di sini selepas sembilan tahun, dan turut menyaksikan penandatanganan perjanjian rangka kerja kerjasama baharu tidak lama dahulu.
"Perjanjian Rangka Kerja mengenai Pengukuhan Kerjasama dalam Bidang Pendidikan" yang ditandatangani Menteri Pendidikan kedua-dua negara itu, merangkumi sembilan bidang utama termasuk pendidikan prasekolah, pendidikan asas dan latihan guru, pendidikan vokasional, pendidikan rentas sempadan, pendidikan digital dan kecerdasan buatan (AI).
Menurut perjanjian tersebut, kedua-dua pihak akan mengadakan dialog peringkat menteri mengenai dasar pendidikan secara berkala dalam tempoh lima tahun akan datang, di samping mengeratkan pertukaran guru dan pelajar, serta menyokong institusi pendidikan kedua-dua negara untuk menjalankan kerjasama.
Pada masa yang sama, Dialog Presiden Universiti China-Britain juga diadakan serentak, untuk memudahkan perbincangan antara presiden dari sejumlah universiti China dan Britain berhubung pendekatan memperincikan kerjasama mengenai beberapa isu penting.
Menurut statistik Kementerian Pendidikan China, negaranya adalah rakan kongsi terbesar bagi Britain dalam landskap pendidikan rentas sempadan, dengan menyumbang kira-kira 140,000 pelajar tempatan yang belajar di institusi pendidikan kendalian bersama.
Wakil Khas Naib Canselor Universiti Exeter, Timothy Quine berkata, pihaknya berharap dapat memperluas kerjasama dengan universiti di China dalam bidang alam sekitar.
Provost yang juga Naib CanselorEksekutif Universiti Surrey, Emma Flynn pula menyatakan bahawa mereka sangat berharap dapat bekerjasama dengan universiti di China dalam bidang AI, analisis data raya dan kejuruteraan.
Robot Berkhidmat, Ronda Jalan di Shenzhen
Follow Xi | Bersama-sama Asia Pasifik, Menuju ke Shenzhen
Malaysia Tonjol Kepelbagaian Kulinari Menerusi Festival Gastronomi di Beijing
Tales of Cities | Shannan, Tempat Budaya Xizang Lahir, Berkembang Maju
Masa Depan sudah Tiba | Warga Itali Teroka Hidup Futuristik di Shenzhen
- Wang Yi, Miliband Berhubung Menerusi Telefon Bincang Kerjasama Dua Hala
- Li Qiang Ucap Tahniah kepada Perdana Menteri Britain yang Baharu
- Dialog Strategik China-Britain Ke-11 Berlangsung di Beijing
- Setiausaha Luar Britain akan Lawat China
- Perkongsian Strategik Komprehensif China-Britain yang Stabil Selaras dengan Kebaikan Bersama
- Wang Yi Bertemu Setiausaha Luar Britain di Munich
- China, Britain Ikrar Perkukuh Pertukaran dan Dialog Pelbagai Bidang
- Lawatan PM Britain ke China Amat Berhasil
- Tinjauan CGTN: Kerjasama China-Britain Saling Menguntungkan
- Li Qiang Hadir Majlis Penutup Tirai Sidang Jawatankuasa Usahawan China-Britain