China, Belanda Mahu Perkasa Pertukaran dan Kerjasama Pelbagai Bidang

(CRI)Khamis 26 November 2026

China dan Belanda merupakan rakan kongsi komprehensif yang bersikap terbuka dan kerjasama dua hala dalam bidang substantif berada pada peringkat teratas dalam kerjasama antara China dengan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang apabila mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Belanda, Tom Berendsen di Beijing, pada Rabu.

Tahun depan merupakan ulang tahun ke-55 terjalinnya hubungan diplomatik peringkat duta antara kedua-dua negara.

Ding meluahkan kesediaan China untuk bekerjasama dengan Belanda bagi melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara, mempererat pertukaran dan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang, serta memajukan perkembangan hubungan dua hala ke arah sihat dan stabil.

Ding menunjukkan, selaku dua entiti ekonomi yang penting di dunia, China dan Belanda patut bersinergi memelihara kestabilan dan kelancaran rantaian pengeluaran dan rantaian bekalan, serta menyuntik penggerak baharu kepada pembangunan bersama kedua-dua negara bahkan dunia secara berkekalan.

Sementara itu, Berendsen mengucapkan tahniah kepada China atas kejayaan menganjurkan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-33.

Beliau menyanjung tinggi pencapaian dan kemajuan yang cukup besar dan cemerlang dilakar oleh China dalam pembangunan negara.

Berendsen turut menzahirkan keinginan negaranya untuk memperkasa pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperdalam kolaborasi dua hala dalam bidang-bidang yang substantif, mengendalikan perbezaan pendapat menerusi saluran dialog dan rundingan, sehingga mewujudkan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Video

Berita Berkaitan