Zelensky Nyatakan akan "Menunggu" Putin di Turkiye

(CRI)Isnin 12 Mei 2025

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky melalui satu hantaran dalam media sosial pada malam Ahad menyatakan bahawa pihaknya menanti-nantikan kewujudan gencatan senjata yang berkekalan dan menyeluruh dengan Rusia bermula 12 Mei, dan beliau akan "menunggu" kedatangan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Turkiye untuk rundingan pada 15 Mei.

Sebelum ini, Putin pernah mengeluarkan kenyataan kepada media pada sebelah pagi Ahad yang mencadangkan Rusia dan Ukraine memulakan semula rundingan terus tanpa syarat di Istambul, Turkiye pada 15 Mei, dan mendedahkan bahawa ada kemungkinan akan mencapai persetujuan mengenai beberapa cadangan gencatan senjata baharu dalam tempoh rundingan itu.

Video

Berita Berkaitan