Moody’s Turunkan Penarafan Kredit AS

(CRI)Selasa 20 Mei 2025

Agensi penarafan kewangan antarabangsa Moody’s Ratings telah menurunkan penarafan kredit kerajaan Amerika Syarikat (AS) daripada Aaa kepada Aa1, pada 16 Mei lalu.

Jurucakap Rumah Putih dalam sidang akhbar pada Isnin berkata Presiden AS, Donald Trump tidak menerima keputusan tersebut kerana katanya "dunia berkeyakinan penuh terhadap ekonomi AS".

Menurut Moody's, nisbah hutang kerajaan AS berbanding bayaran faedah terus meningkat dalam tempoh lebih sedekad lalu dan kini jauh lebih tinggi berbanding negara-negara lain yang mempunyai penarafan sama.

Video

Berita Berkaitan