- Lain-lain
Xi Bertemu Presiden Indonesia
![]() |
Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Prabowo Subianto di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada petang Rabu.
Lawatan Prabowo ke China adalah bagi menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.
Xi berkata kehadiran Prabowo memperlihatkan penghargaannya terhadap hubungan China-Indonesia serta persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.
Beliau menegaskan perlunya memperdalam koordinasi strategik komprehensif dan penyelarasan strategi pembangunan, serta memantapkan lagi hubungan bilateral sehingga menjadi model di peringkat serantau dan global.
Mekanisme dialog "2+2" melibatkan menteri luar dan menteri pertahanan perlu dimanfaatkan untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan, katanya.
Xi turut menyeru kedua-dua negara mempertingkat usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperluas keterbukaan kepada satu sama lain sambil memperkasa kerjasama membabitkan sumber mineral, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI), pertanian dan perikanan.
Sementara itu, Prabowo menyifatkan hubungan Indonesia-China berada pada tahap terbaik dalam sejarah.
Beliau berkata pihaknya berharap terus mengukuhkan kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan infrastruktur, mendorong hubungan dua hala membuahkan lebih banyak hasil demi manfaat rakyat, sekali gus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
- Li Qiang Bertemu Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia
- China, Indonesia Eratkan Kerjasama Tumpukan Projek Ikonik
- PM Li Qiang Bakal Lawat Indonesia dan Hadir Sidang Kemuncak ASEAN-China-GCC
- China, Indonesia Model Hubungan Saling Untung
- Wang Yi Bertemu Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional Indonesia
- Semarang Mohon Anggotai CAMSR
- Zhang Youxia, Dong Jun Terima Kunjungan Menteri Pertahanan Indonesia di Beijing
- China, Indonesia Adakan Mesyuarat Pertama Mekanisme Dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan
- Naib Presiden China Terima Kunjungan Menteri Luar Indonesia
