- Lain-lain
Naib PM China Terima Kunjungan Delegasi Dewan Perwakilan AS
![]() |
Naib Perdana Menteri China He Lifeng menyuarakan harapan agar Amerika Syarikat (AS) dapat bekerjasama dengan China bagi mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala berkembang secara stabil, sihat dan mampan.
Beliau menyampaikan perkara itu ketika menerima kunjungan delegasi Dewan Perwakilan AS yang diketuai wakil Demokrat, Adam Smith di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Isnin.
Menurut beliau, perbincangan antara pemimpin kedua-dua negara menerusi panggilan telefon pada Jumaat lalu telah memberikan panduan strategik untuk perkembangan stabil hubungan bilateral pada fasa seterusnya.
Katanya, China dan AS memiliki ruang kerjasama yang besar serta kepentingan bersama yang luas.
Diharap AS dapat menjalin komunikasi jujur dengan China, memupuk rasa saling percaya dan menghapuskan keraguan dengan menjunjung prinsip saling hormat, hidup bersama secara aman dan kerjasama saling untung.
Beliau turut menyeru ahli Kongres AS agar aktif membina saluran komunikasi, memperkukuh dialog dan pertukaran serta memainkan peranan positif dalam mewujudkan pembangunan bersama kedua-dua negara.
![]() |
- Xi, Trump Bincang Kerjasama dan Hubungan Bilateral menerusi Telefon
- China, AS Adakan Mesyuara Ekonomi di Sepanyol
- China, AS Dijadual Adakan Rundingan Perdagangan di Sepanyol
- Perunding Perdagangan Antarabangsa China Melawat AS
- China, AS Umum Penangguhan Kenaikan Tarif Selama 90 Hari
- Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS Berlangsung di Stockholm
- Rundingan Dagangan China, AS Capai Hasil
- China-AS Dijadual Adakan Rundingan Ekonomi Baharu Di Sweden
- Mesyuarat Ekonomi China-AS Masuk Hari Kedua
- Naib PM Berbincang Bersama Wakil Perdagangan AS






