Menteri Pertahanan China Terima Kunjungan Delegasi Dewan Perwakilan AS

(CRI)Selasa 23 September 2025

Menteri Pertahanan China, Dong Jun menerima kunjungan delegasi Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Ketenteraan Dewan Perwakilan, Adam Smith di Beijing pada Isnin.

Dong berkata Presiden China Xi Jinping menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatnya Donald Trump telah menegaskan bahawa China dan AS boleh saling membantu, menciptakan kemakmuran bersama serta membawa manfaat bukan sahaja kepada kedua-dua negara malah kepada seluruh dunia.

Oleh itu, para ahli Dewan Perwakilan diharap dapat menyingkirkan sebarang unsur kekacauan atau gangguan, di samping mengambil langkah bersifat membina dan pragmatik dalam usaha menyumbang tenaga positif untuk memperbaiki hubungan ketenteraan kedua-dua negara serta mendorong China dan AS agar bergerak sehaluan.

Video

Berita Berkaitan