Panda Huan Huan dan Yuan Zai di Perancis akan Pulang ke China

(CRI)Selasa 23 September 2025

Dua ekor panda gergasi iaitu Huan Huan dan Yuan Zai yang berada di Perancis selama 13 tahun akan dibawa pulang ke China pada November, menurut Zoo Beauval, negeri Loir-et-Cher pada Isnin.

Huan Huan dan Yuan Zai tiba di Perancis pada tahun 2012, sekali gus menjadi panda gergasi yang paling awal 'menetap' di negara Eropah itu.

Kedua-dua panda gergasi berkenaan turut menjadi tarikan utama serta mendapat populariti besar dalam kalangan masyarakat tempatan.

Kepulangan kedua-dua panda itu ke kampung halaman di China juga menandakan bermulanya kerjasama fasa baharu mengenai penyelidikan panda gergasi antara China dan Perancis.

Video

Berita Berkaitan