China Anjurkan Mesyuarat Pegawai Kanan Pengawal Pantai Pasifik Utara

(CRI)Ahad 28 September 2025

Mesyuarat pegawai kanan Forum Agensi Penguatkuasaan Pengawal Pantai Pasifik Utara ke-25 diadakan di Shanghai pada 22 hingga 26 September.

Dianjurkan Pentadbiran Pengawal Pantai China (CCG), mesyuarat itu disertai lebih 80 delegasi dari Kanada, Jepun, Korea Selatan, Rusia, Amerika Syarikat (AS), dan China.

Para peserta mengadakan pertukaran mendalam tentang usaha membanteras jenayah rentas sempadan di laut seperti penyeludupan dan perdagangan dadah, selain komited meningkatkan kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan operasi bersama.

Video

Berita Berkaitan