- Lain-lain
GGI Paparkan Konsensus Masyarakat Antarabangsa
Kumpulan Media China (CMG) mengadakan siri wawancara peringkat tinggi dan dialog meja bulat yang bertajuk “Inisiatif China dan Masa Depan Dunia” baru-baru ini.
Pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketua organisasi antarabangsa, serta tetamu dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat (AS), Perancis, Belarus dan lain-lain telah ditemu bual, memberikan pandangan mereka mengenai Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang dikemukakan oleh Presiden China Xi Jinping.
Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa tatkala dunia menghadapi pelbagai cabaran pada masa ini, tiada banyak pemimpin di dunia akan menggagaskan inisiatif yang begitu signifikan. Beliau juga menganggap bahawa inisiatif itu telah menceriminkan konsensus masyarakat antarabangsa.
Selain itu, pelbagai pegawai dan tetamu juga berpendapat bahawa pelan tadbir urus global yang dikemukakan China itu telah menunjukkan kebertanggungjawaban China sekalu negara besar.




