Guangxi Kemuka Rancangan untuk Pulau Ekologi Antarabangsa Forum Kerjasama Alam Sekitar ASEAN-China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 27 Oktober 2025

Dialog untuk Pembangunan Mampan dan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Paus Bryde dianjurkan di bandar Beihai, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Dialog untuk Pembangunan Mampan dan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Paus Bryde dianjurkan di bandar Beihai, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Baru-baru ini, Dialog untuk Pembangunan Mampan dan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Habitat Paus Bryde Tepi Pantai telah dianjurkan di bandar Beihai, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, yang juga sesi selari kepada Forum Kerjasama Alam Sekitar ASEAN-China 2025.

Pada acara tersebut, hasil daripada penyusunan rancangan untuk membangunkan Pulau Weizhou Guangxi menjadi pulau ekologi antarabangsa buat julung-julung kalinya diperkenalkan.

Imej paus Bryde berdekatan Pulau Weizhou di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto ihsan daripada penganjur acara)

Imej paus Bryde berdekatan Pulau Weizhou di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (Foto ihsan daripada penganjur acara)

Untuk rekod, paus Bryde adalah spesies istimewa yang merangkumi elemen kepelbagaian, kestabilan, dan kemampanan ekosistem marin. Difahamkan, paus itu mula didapati berada di perairan berdekatan Pulau Weizhou pada 2018.

Pada tahun-tahun mutakhir in, Guangxi telah mewujudkan sistem perlindungan komprehensif untuk paus Bryde, menyepadukan perundangan, perlindungan, penyelidikan saintifik, pengawasan, kawal selia dan pempopularan sains.

Kesemua usaha itu telah membuahkan hasil positif, sekali gus mencipta satu kawasan pembiakan dan habitat yang berkembang maju untuk paus Bryde dan hidupan marin lain.

Dialog untuk Pembangunan Mampan dan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar di Habitat Paus Bryde Tepi Pantai dianjurkan di bandar Beihai, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Dialog untuk Pembangunan Mampan dan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar di Habitat Paus Bryde Tepi Pantai dianjurkan di bandar Beihai, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)Forum tersebut menghimpunkan pakar dan sarjana dari China dan luar negara untuk menyampaikan ucaptama serta perbincangan meja bulat mengenai topik seperti perlindungan biodiversiti dan pengurusan ekosistem marin.

Para peserta turut mengambil kesempatan untuk berbincang secara mendalam terhadap kajian, pembangunan mampan dan perlindungan paus Bryde, yang menyaksikan masing-masing telah berkongsi pandangan mereka tentang perlindungan habitat secara tersusun, kerjasama ekologi marin China-ASEAN, dan pembinaan komuniti maritim yang berkongsi masa depan.

Dialog meja bulat tentang perlindungan dan pembangunan mampan paus Bryde telah diadakan semasa Dialog untuk Pembangunan Mampan dan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Habitat Paus Bryde Tepi Pantai dianjurkan di bandar Beihai, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Foto memperlihatkan persekitaran ekologi yang selamat Pulau Weizhou di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Foto memperlihatkan persekitaran ekologi yang selamat Pulau Weizhou di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Perancangan untuk membangunkan Pulau Weizhou kepada sebuah pulau ekologi antarabangsa telah dilancarkan secara bersama oleh jabatan alam sekitar dan ekologi serantau Guangxi serta bandar Beihai itu telah mewujudkan perbincangan yang hangat dalam kalangan peserta.

Perancangan untuk membangunkan Pulau Weizhou kepada sebuah pulau ekologi antarabangsa telah dilancarkan semasa Dialog untuk Pembangunan Mampan dan Perlindungan Ekologi Alam Sekitar Habitat Paus Bryde Tepi Pantai dianjurkan di bandar Beihai, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China. (People’s Daily Online/Fu Huazhou)

Ia menggariskan lima objektif utama termasuk memperkukuh sumber ekologi untuk mencipta pulau yang cantik, menambah baik persekitaran untuk menjadikan pulau itu lebih sesuai diduduki, dan membangunkan industri pelancongan bagi merangsang mata pencarian penduduk tempatan menerusi persekitaran ekologi yang lebih baik.

Video

Berita Berkaitan