- Lain-lain
PM Li Hadir Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-28

Perdana Menteri China Li Qiang menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-28 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.
Li berkata China dan negara ASEAN perlu mempertahankan hak dan kepentingan sendiri dengan saling menyokong melalui tindakan terselaras, di samping mendorong pertumbuhan ekonomi yang stabil melalui pertukaran dan kerjasama.
Beliau turut menzahirkan komitmen China untuk memperkukuh penyelarasan strategi pembangunan dengan negara ASEAN, melaksanakan Pelan Tindakan Pelaksanaan Perkongsian Strategik Komprehensif China-ASEAN (2026-2030), selain terus mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.
Sementara itu, pemimpin-pemimpin negara ASEAN yang hadir pada sidang kemuncak tersebut menyatakan kesediaan untuk meningkatkan kesalingpercayaan politik dengan China, serta memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kesalinghubungan, ekonomi digital, pembangunan hijau, sosiobudaya dan sebagainya.
ASEAN juga berhasrat memuktamadkan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) seawal mungkin bagi menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau.
Sebelum sidang kemuncak itu, Li bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pemeteraian protokol penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0.
- Kerjasama China-ASEAN Melalui CAFTA Lebih Relevan dan Substantif
- Wang Yi Rumus Hasil Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Plus
- Segala Rundingan untuk CAFTA Versi 3.0 Berakhir
- Rundingan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN 3.0 Dimuktamadkan
- Import Eksport Shanghai ke ASEAN Naik 7.1% pada S1 2025
- Hubungan Kukuh China-ASEAN Tafsir Konsep Diplomasi Kejiranan
- Rundingan Pusingan kelima CAFTA Versi 3.0 Berlangsung
- Kerjasama ASEAN-China Kondusif bagi Peningkatan Kesejahteraan Rakyat
- PM Li Hadiri Mesyuarat ke-26 Pemimpin China-ASEAN (10+1)
- Rundingan Pusingan Ketiga CAFTA 3.0 Sasar Tingkat Tahap Perkongsian Strategik




