- Lain-lain
China Bakal Lancar Kapal Angkasa Bermanusia Shenzhou-21 Esok
![]() |
Kapal angkasa bermanusia Shenzhou-21 dijadualkan untuk dilancarkan tepat pukul 11.44 malam pada Jumaat, 30 Oktober 2025 dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China, lapor Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), hari ini.
Difahamkan, persediaan untuk misi Shenzhou-21 tersebut sedang berkembang dengan stabil.
Jurucakap CMSA, Zhang Jingbo berkata bahawa, roket pembawa Long March-2F Y21 yang bakal digunakan untuk pelancaran itu akan dipenuhi dengan bahan dorong.
Menurut perancangan, selepas memasuki orbit, kapal angkasa bermanusia Shenzhou-21 akan menggunakan mod pertemuan dan dok automatik yang pantas, dan berlabuh dengan bahagian hadapan modul teras Tianhe dalam masa kira-kira 3 jam setengah, sekali gus membentuk gabungan tiga kapal angkasa dan tiga modul.
Zhang berkata, ketika ini, kualiti kapal angkasa dan roket berada dalam kawalan; kru angkasawan berada dalam keadaan baik; fasiliti sistem dan peralatan di darat sedang beroperasi dengan stabil, dan gabungan stesen angkasa lepas berada dalam keadaan normal, seterusnya memenuhi segenap syarat untuk melaksanakan misi pelancaran akan datang.
Tiga angkasawan China iaitu Zhang Lu, Wu Fei, dan Zhang Hongzhang akan menjalankan misi penerbangan angkasa lepas bermanusia Shenzhou-21, dengan Zhang Lu akan mengemudi pasukan.
- Kru Shenzhou-20 Berjaya Lakukan EVA Kali Keempat
- China Berjaya Lancar Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-9 untuk Hantar Bekalan ke Stesen Angkasa
- Kru Shenzhou-20 Berjaya Lakukan EVA Kali Kedua
- Kru Shenzhou-20 Berjaya Lakukan EVA Kali Pertama
- Kru Shenzhou-20 Berjaya Masuk Stesen Angkasa Lepas
- China Umum Kru Shenzhou-20 Untuk Misi Stesen Angkasa Lepas
- China Lancarkan Kapal Angkasa Bermanusia Shenzhou-20 Petang Esok
- China Bersedia Lancarkan Kapal Angkasa Shenzhou-20
- China Siap Lancarkan Kapal Angkasa Shenzhou-20 dan Shenzhou-21 Tahun Ini





