Xi Umum Shenzhen Hoskan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026

(CRI)Sabtu 01 November 2025

Presiden China Xi Jinping mengumumkan bandar Shenzhen di provinsi Guangdong akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada November 2026.

Pengumuman itu dibuat beliau semasa menghadiri sesi penyerahan gelaran tuan rumah sempena AELM ke-32 yang berlangsung di Gyeongju, Korea Selatan pada Sabtu.

Ini merupakan kali ketiga negara Tembok Besar menghoskan mesyuarat APEC berkenaan.

Xi menyatakan China bersedia mengambil peluang ini untuk bersinergi dengan semua pihak ke arah mewujudkan komuniti Asia Pasifik, sambil memangkin pertumbuhan dan kemakmuran di rantau Asia Pasifik.

China juga bersedia bersama pihak terlibat menggerakkan kolaborasi dalam pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), kesalinghubungan, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain bagi menyuntik kedinamikan dan momentum lebih besar kepada pembangunan rantau Asia Pasifik.

Video

Berita Berkaitan