- Lain-lain
Xi Hadir Sesi kedua Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-32
![]() |
Entiti ekonomi Asia Pasifik perlu memperkasa kerjasama saling untung, memanfaatkan peluang baharu dan merungkai cabaran baharu bagi mencipta masa depan yang mampan.
Demikian dinyatakan Presiden Xi Jinping ketika berucap pada sesi kedua Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-32 yang berlangsung di Gyeongju, Korea Selatan pada Jumaat.
Beliau menyarankan agar semua pihak terus meneroka potensi pembangunan digital dan pintar bagi memberi kelebihan baharu kepada pembangunan Asia Pasifik yang dipacu inovasi. Dalam pada itu, China mengesyorkan penubuhan Pertubuhan Kerjasama Kecerdasan Buatan Dunia bagi menyediakan produk awam kepada masyarakat antarabangsa dalam bidang tersebut.
Beliau turut menegaskan keperluan menjunjung pembangunan hijau dan rendah karbon untuk membina paradigma baharu pembangunan mampan di rantau Asia Pasifik, di samping melaksanakan usaha yang membawa manfaat kepada semua bagi mencipta landskap pembangunan serantau yang bersifat inklusif.
Mesyuarat itu telah mengeluarkan siri hasil dokumen antaranya Deklarasi Gyeongju, Inisiatif Kecerdasan Buatan APEC dan Rangka Kerjasama APEC untuk Perubahan Demografi.
![]() |
- Xi Sampai Ucapan Bertulis pada Sidang Kemuncak CEO APEC
- China Peneraju Ekonomi Asia-Pasifik - Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC
- Ekonomi Rantau APEC Diunjur Berkembang 3.1 Peratus
- Xi Kemukakan Lima Cadangan Untuk Pertumbuhan Ekonomi Asia-Pasifik
- Xi Sampai Ucapan pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-32
- Xi Tiba di Korea Selatan, Hadiri Sidang Kemuncak APEC
- Xi, Trump Bakal Bertemu di Busan
- Xi Jinping akan Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi APEC ke-32 di Korea Selatan
- China Main Peranan Signifikan dalam APEC: Presiden Peru
- China Tuan Rumah Sidang Kemuncak APEC 2026






