Gunung Wutai Tempat Keajaiban Geologi Bertembung Dengan Budaya

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 10 November 2025

Foto menunjukkan ‘batu hati lembu’ di Gunung Wutai. (Foto oleh Yang Guojun)

Foto menunjukkan ‘batu hati lembu’ di Gunung Wutai. (Foto oleh Yang Guojun)

Merentangi di antara sempadan Provinsi Shanxi dan Provinsi Hebei di utara China, Gunung Wutai adalah satu tapak Warisan Dunia UNESCO, tarikan pelancong peringkat 5A dan kawasan pemandangan yang bertaraf kebangsaan.

Terkenal dengan statusnya sebagai keajaiban geologi dan pemandangan yang menakjubkan, ia juga diangkat sebagai empat gunung Buddha yang terpenting di China.

Gunung Wutai juga sinonim dengan panggilan ‘fosil hidup kepada evolusi Bumi. Gerakan kerak selama berbilion tahun telah membentuk lapisan gneis granit, yang seterusnya merekodkan sejarah purba Dunia.

Berkeluasan sehingga 600 kilometer persegi, taman geologi itu menampilkan 10 seksyen teras dan lebih daripada 60 titik pemerhatian, dengan landskap tiga dimensi yang menjejaki evolusi geologi utara China.

Keindahan semula jadi gunung itu menjadikan ia sebagai tempat berehat pada musim panas, dengan suhu pada bulan Julai secara puratanya adalah sekitar 13 ke 17 darjah Celsius, sementara liputan hutan pula mencapai 43 peratus.

Selain itu, ia juga telah menjadi tempat berlindung buat hidupan liar, menempatkan spesies yang jarang ditemui seperti harimau bintang dan burung pegar telinga coklat, di samping lebih daripada 590 spesies tanaman.

Foto memperlihatkan padang rumput alpine di Gunung Wutai. (Foto oleh Yang Guojun)

Foto memperlihatkan padang rumput alpine di Gunung Wutai. (Foto oleh Yang Guojun)

Tapak tersebut sangat terkenal dengan topografinya yang unik, dan diungguli degan lima puncak yang diratakan, sekali gus memberikan ia nama ‘Wutai’, yang jika diterjemahkan akan membawa maksud ‘Teres Lima’ dalam bahasa Inggeris.

Difahamkan, setiap puncak mempunyai bentuk dan karakter masing-masing. Puncak Utara Yedou, iaitu titik tertinggi di utara China, bersama-sama dengan Puncak Timur Wanghai, Puncak Barat Guayue, Puncak Selatan Jinxiu dan Puncak Tengah Cuiyan. Kesemua puncak itu membentuk satu karya agung semula jadi yang sungguh menakjubkan.

Lembah Nanlianggou dan Gunung Tuoliang yang masing-masing terletak di dalam Gunung Wutai itu mempamerkan kecantikan semula jadi yang murni.

Lembah Nanlianggou difahamkan mempunyai lebih daripada 590 spesies tanaman, termasuk lebih daripada 100 pokok sal yang ditetapkan secara emperial yang mempunyai nilai istimewa. Ia juga antara lainnya merupakan tempat berteduh buat lebih daripada 40 spesies mamalia dan 140 speies burung.

3.	Foto memaparkan sebuah gunung di Gunang Wutai. ( Foto oleh Yong Guojun)

3. Foto memaparkan sebuah gunung di Gunang Wutai. ( Foto oleh Yong Guojun)

Gunung Tuoliang, yang dikenali sebagai ‘zamrud Pergunungan Taihang,’ menawarkan padang rumput subalpine yang diselimuti bunga teratai emas, air terjun dan hutan purba, sekali gus mencipta pemandangan yang mengingatkan syurga terpencil.

Foto di sebuah gunung di Gunang Wutai. ( Foto oleh Yong Guojun)

Foto di sebuah gunung di Gunang Wutai. ( Foto oleh Yong Guojun)

Video

Berita Berkaitan