- Lain-lain
Pasaran NEV China Terus Tumbuh Kukuh

Sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) China mengekalkan pertumbuhan kukuh sejak awal tahun ini, didorong oleh peningkatan bekalan model baharu serta penaiktarafan teknologi pembuatan secara berterusan.
Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), Chen Shihua berkata siri dasar subsidi yang diperkenalkan kerajaan antaranya program tukar beli turut menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan pasaran berkenaan.

Data CAAM menunjukkan jumlah pengeluaran dan jualan NEV di China dari Januari hingga Oktober 2025 mencatat kenaikan lebih 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan masing-masing mencapai 13.015 juta unit dan 12.943 juta unit.
Antaranya, jualan NEV bagi bulan Oktober buat julung kalinya melepasi 50 peratus daripada keseluruhan jualan kenderaan di dalam negeri.
Dalam tempoh sama, jumlah eksport NEV menyaksikan lonjakan sebanyak 90 peratus tahun ke tahun dengan merekodkan 2.014 juta unit.
- Pembuatan China Perkuat Peralihan Global kepada Pengangkutan Hijau
- China Catat Pengeluaran dan Jualan NEV Terbanyak di Dunia
- China Berjaya Membina Rangkaian Pengecas BEV Terbesar di Dunia
- Pengeluaran NEV 7 Bulan Pertama 2025 Beijing Lepasi Rekod Seluruh Tahun 2024
- BEV China Laris Dijual di Pasaran Indonesia
- China Catat Pengeluaran dan Jualan Kenderaan Lebih 15 Juta Separuh Pertama 2025
- Pelaburan China Perkuat Rantai Bekalan EV Indonesia
- Pembuat Kenderaan China Semakin Aktif Dalam Ekonomi Beraltitud Rendah
- Xiaomi Perkenal SUV Elektrik, Cermin Mata AI Pertama
- China Bakal Promosi Kempen Penjualan NEV di Kaunti, Perbandaran




