Duta Besar China Bantah Keras Kenyataan PM Jepun Berhubung Isu Taiwan

(CRI)Sabtu 15 November 2025

Duta Besar China ke Jepun, Wu Jianghao menemui Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Jepun, Takehiro Funakoshipada Jumaat, bagi menyerahkan bantahan keras berhubung kenyataan salah dan provokatif Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi membabitkan China, menurut akaun media sosial kedutaan besar China.

Wu menegaskan bahawa Taiwan ialah wilayah China, manakala isu Taiwan merupakan inti pati dalam kepentingan teras China.

"China tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan balas sekiranya Jepun campur tangan secara ketenteraan di Selat Taiwan kerana tindakan itu dianggap satu bentuk pencerobohan,' kata Wu.

Beliau berkata, China menuntut pihak Jepun merenung semula sejarah, menarik balik kenyataan buruk terbabit, dan menghentikan tindakan provokasi. Kalau tidak, semua akibatnya akan ditanggung oleh pihak Jepun.

Video

Berita Berkaitan