- Lain-lain
China Tidak Berganjak Ambil Tindakan Tegas Jika Jepun Campur Tangan Ketenteraan dalam Urusan Taiwan

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichiketika berucap pada perbahasan di parlimen baru-baru ini telah membuat kenyataan terang-terangan berhubung Taiwan, termasuk membayangkan kemungkinan campur tangan ketenteraan dalam isu berkenaan.
Ini merupakan kali pertama pemimpin Jepun secara terbuka menunjukkan niat untuk campur tangan dalam isu Taiwan sepanjang 80 tahun selepas negara itu kalah dalam Perang Dunia II.
China menzahirkan bantah keras terhadap kenyataan provokatif Takaichi yang disifatkan sebagai mencabar orde dunia pasca perang dan menjejaskan asas hubungan China-Jepun.
Naib Menteri Luar China Sun Weidong memanggil duta besar Jepun ke China Kenji Kanasugi pada Khamis bagi menyerahkan bantahan rasmi berhubung kenyataan Takaichi.
Beliau menegaskan bahawa China tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya Jepun campur tangan secara ketenteraan di Selat Taiwan kerana tindakan itu dianggap satu bentuk pencerobohan.
Dalam pada itu, kenyataan provokatif Takaichi juga mengundang kutukan keras dari dalam negeri. Tokoh-tokoh politik seperti mantan Perdana Menteri Yukio Hatoyama, Shigeru Ishiba dan Naoto Kan masing-masing membuat kenyataan, mengkritik kenyataan Takaichi tersebut.

Sanae Takaichi merupakan wakil kuasa kanan konservatif di arena politik Jepun. Beliau kerap kali menziarahi Kuil Yasukuni dan menafikan sejarah pencerobohan Jepun terhadap negara lain.
Jepun digesa mematuhi empat dokumen politik China-Jepun melibatkan isu sejarah dan Taiwan, menarik balik kenyataan provokatif untuk mengurangkan kesan negatif dan memperoleh keyakinan dengan tindakan sebenar.
Sekiranya Jepun berdegil mengambil tindakan berbahaya dalam isu Taiwan, ia pasti akan dikenakan tindakan balas yang tegas.
- China akan Ambil Tindakan Tegas Jika Jepun Ceroboh Selat Taiwan - Kementerian Luar
- China Bantah Keras Kenyataan PM Jepun Berhubung Isu Campur Tangan Selat Taiwan
- Halang Cubaan Anasir Luar Campuri Isu Taiwan
- China Bantah Keras Jepun ‘Main Api’ isu Taiwan
- Perhimpunan Memperingati Ulang Tahun ke-80 Pengembalian Taiwan Diadakan di Beijing
- Ucapan Lai Cabar Fakta Sejarah dan Konsensus Antarabangsa
- Saudara Setanah Air dari Taiwan Dijemput Saksikan Perbarisan Tentera, 3 Sept di Beijing
- Cubaan "Kemerdekaan Taiwan" Nescaya Gagal
- Putar Belit Sejarah WWII, Kelakuan Mengaibkan --MFA
- China Beri Amaran kepada Filipina, Jangan Cuba “Bermain Api” dalam Isu Taiwan




