Tinjauan CGTN: Dunia Cela Ambisi Sayap Kanan Jepun Subversikan Orde Pasca Perang Dunia II

(CRI)Ahad 16 November 2025

Kenyataan provokatif Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi mengenai Taiwan terus mengundang kritikan dan bantahan keras di masyarakat antarabangsa.

Satu tinjauan pendapat umum yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) menunjukkan bahawa kebanyakan responden menganggap kenyataan Takaichi terbabit sebagai campur tangan dalam urusan dalaman China. Mereka menganggap adalah amat perlu untuk memberi perhatian tinggi terhadap niat kekuatan sayap kanan Jepun untuk mensubversikan orde antarabangsa pasca Perang Dunia II.

Keputusan tinjauan tersebut mendapati, terdapat 88.9 peratus responden mengkritik niat Jepun untuk mencampuri isu Taiwan, dan menganggap ancaman Jepun mengenai kemungkinan penggunaan ketenteraan terhadap China akan menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau.

Di samping itu, terdapat 87.2 peratus responden berpendapat bahawa masyarakat antarabangsa harus berwaspada tinggi terhadap trend kebangkitan semula militerisme Jepun.

Tinjauan berkenaan dilancarkan menerusi platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, diikuti 6,643 netizen global dalam 24 jam.

Video

Berita Berkaitan