Minggu Filem China 2025 Dilancar di Myanmar

(CRI)Isnin 17 November 2025

Minggu Filem China 2025 dilancarkan dalam satu majlis yang berlangsung di Pawagam Nay Pyi Taw di Yangon, Myanmar pada Ahad.

Pada masa sama, Festival Filem China-Myanmar turut dirasmikan secara serentak sebagai pengisian tambahan untuk meraikan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Menteri Penerangan Myanmar, U Maung Maung Ohn semasa berucap pada majlis berkenaan berkata filem China sentiasa mendapat tempat di hati penonton Myanmar selain menyifatkan seni filem berupaya meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.

Dilaporkan, aktiviti selama empat itu akan mempamer dan menayangkan lapan filem terbitan China.

Video

Berita Berkaitan