- Lain-lain
Dua Jenis Tren untuk ECRL Malaysia Siap Dipasang di Dalian, China

Dua jenis tren untuk kegunaan dalam projek ECRL Malaysia, iaitu Electric Multiple Unit (EMU) dan lokomotif elektrik yang dibuat syarikat China sudah siap dipasang di bandar Dalian di bahagian timur laut China.

Tren jenis EMU yang bercorak flora dan fauna tempatan itu berwarna biru dan putih, dan kononnya adalah diilhamkan dari gelombang laut, sebahagian dalam pemandangan yang ikonik di kawasan pantai timur.
Sistem kawalan jaringan kereta api untuk perlindungan secara dual-redundancy, mampu memastikan perjalanan kereta api berada pada tahap keselamatan yang tinggi melalui pemantauan terhadap operasi pelbagai sistem utama seperti sistem menghela, tekanan tinggi dan pelengkap.

Sementara itu, lokomotif elektrik yang sudah diap dipasang itu dilengkapi sistem pintar interaksi antara manusia dengan komputer (HCI) dan sistem perlindungan keselamatan, dan berfungsi menjalankan pemantauan bertepatan tinggi sehingga paras milisaat terhadap pelbagai operasi komponen seperti brek, kebombaan dan isolasi.

Dimaklumkan lagi, kedua-dua jenis tren ini akan berkhidmat untuk ECRL yang direka bentuk sepanjang lebih 600 kilometer dan berperanan sebagai "jambatan darat" yang menghubungkan pantai timur dan barat di Semenanjung Malaysia.
- Projek ECRL Malaysia Patuhi Konsep Pembangunan Hijau
- Tentera China bagi Latihan Bersama 'Peace and Friendship 2025' Tiba di Malaysia
- Duta Besar Malaysia Harap Lebih Banyak Produk Tradisional Tembusi Pasaran China
- Malaysia Ulangi Komitmen Perkukuh Hubungan Dengan China
- TPM Malaysia Tamat Lawatan Rasmi ke China, Puji Penganjuran CAEXPO ke-22
- Timbalan Presiden China Bertemu TPM Malaysia di Nanning
- “Taste of Malaysia 2025” Tawar Produk Terbaik Malaysia ke Pasaran China
- Perjanjian Bebas Visa China-Malaysia Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini
- Wang Yi Bertemu PM Malaysia
- APU, GUT Perkenal Kolej Teknologi Maklumat di Guilin, Tawar Dwi Sijil




