- Lain-lain
COP30: China Pamer Penerapan Teknologi AI dalam Tangani Isu Perubahan Iklim

Aktiviti Hari Pendigitalan "Pavilion China" telah berlangsung sempena Sesi ke-30 Persidangan Pihak-Pihak Pemeterai (COP30) Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) di sini pada Khamis.
Pencapaian terbaharu China dalam pelbagai bidang terutama pengkomputeran hijau dan perkhidmatan iklim dapat dipamerkan dalam aktiviti itu, yang memfokuskan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam tadbir urus iklim di peringkat global.
Ketua Delegasi China yang juga Naib Menteri Ekologi dan Alam Sekitar, Li Gao berkata, terdapat sejumlah institusi dan syarikat seperti Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Kumpulan Alibaba, yang sudah mempunyai pengalaman yang berguna dalam menangani isu iklim melalui penerapan teknologi digital.
Beliau berharap agar penerokaan terbabit dilakukan selanjutnya dalam bidang inovatif, sedangkan penyelidikan dan aplikasi AI ditingkatkan dalam ramalan iklim, pemantauan bencana serta perkhidmatan awam, yang dipercayai boleh menyumbang kepada peningkatan kemampuan tadbir urus iklim di peringkat global pada masa hadapan.
Dalam aktiviti yang meletakkan keutamaan pada aspek perkhidmatan iklim itu, China telah mempamerkan kemajuan yang dicapainya dalam meningkatkan kemampuan meramalkan cuaca berdasarkan penerapan teknologi AI. Pusat Iklim Negara China memperkenalkan bahawa perkhidmatan ramalan cuaca di negara ini baik untuk jangka masa pendek mahupun untuk satu musim penuh, sudah dilengkapi teknologi AI, yang berperanan penting dalam menyediakan maklumat berkualiti tinggi dalam bidang maritim dan pertanian.
Pada masa yang sama, pakar WMO pula telah memperkenalkan pelaksanaan inisiatif "Amaran Awal untuk Semua" (Early Warnings For All) PBB dan menyanjung tinggi sumbangan China dalam bidang perkhidmatan iklim.
- China Sokong Segala Usaha bagi Lakar Pencapaian dalam COP30
- Mesyuarat "Penyelesaian China bagi Hadapi Perubahan Iklim" Berlangsung sempena COP30 di Brazil
- Mesyuarat Sampingan 'Pavilion China' Dilancar Sempena COP30
- COP30 Dibuka Secara Rasmi di Brazil
- Ding Xuexiang Dijadual Lawat Uruguay dan Brazil, Hadiri COP30




