- Lain-lain
Yunnan Kini Dikenali Sebagai Hab Sukan Luar China

Pengunjung menyertai acara larian merentas desa di sebuah gunung di Kawasan Autonomi Bai Dali di Provinsi Yunnan, barat laut China. (Foto ihsan individu yang diwawancara)
Persidangan Industri Sukan Luar China 2025 baru-baru ini berlangsung di Dali, Kawasan Autonomi Bai di Provinsi Yunnan, menyaksikan peserta bersama-sama menerokai wadah untuk menyepadukan sukan luar secara lebih mendalam dengan budaya dan pelancongan.
Untuk rekod, persidangan tersebut telah diadakan di provinsi barat laut China itu untuk tiga tahun berturut-turut.
Memetik Laporan Pembangunan Industri Sukan Luar China (2024-2025), jumlah peserta sukan luar di serata China melangkaui angka 400 juta individu menjelang awal April lalu.
Antara destinasi luar China, Yunnan muncul sebagai pilihan khusus yang popular, dengan jumlah pengunjung yang menuju ke provinsi itu untuk pengalaman sukan luar yang penuh menggembirakan.
Su Xiangdong, pengarah Pusat Pembangunan Industri Sukan Peringkat Provinsi Yunnan berpendapat bahawa, tarikan Yunnan terletak pada kepelbagaian landskap alam semula jadinya.
Dengan suhu tahunan purata sekitar 21 darjah Celsius, provinsi itu menawarkan peluang sepanjang tahun, iaitu daripada mendaki dan berbasikal kepada berlayar, berkayak, berski dan berkhemah.
Rupa bumi yang pelbagai bentuk termasuk gunung, ngarai, tasik, hutan dan puncak bersalju secara tidak langsung menjadikan ia destinasi aktiviti luar yang ideal.
Yunnan telah membina laluan kecergasan lebih daripada 10,000 kilometer, termasuk laluan gunung dan memanjat, mewujudkan 81 kem luar, membina 12 venue ais dan salji, serta membangunkan laluan mendaki untuk 181 puncak.
Di sebalik pemandangan semula jadi, kepelbagaian etnik serta warisan budaya dan sejarah Yunnan menambah lagi tarikan unik kepada aktiviti luar.
“Laluan kebudayaan dan bersejarah seperti Kereta Api Yunnan-Vietnam, Jalan Burma, dan Jalan Kuda Teh purba telah menjadi semakin popular sejak dua tahun kebelakangan ini. Acara seperti maraton rentas sempadan dan pesta lumba kuda di Shangri-La menarik kehadiran yang ramai.
“Pengunjung bukan sekadar boleh menyertai acara-acara tersebut, tetapi juga menghayati dalam adat dan tradisi tempatan,” jelas Su.
Berasaskan aset-aset semula jadi tersebut, Yunnan memperkenalkan pelan tindakan tiga tahun untuk pembangunan industri sukan luar dan pelan berasingan untuk menyepadukan sukan dengan pelancongan pada 2023.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, Yunnan telah menjadi tuan rumah kepada acara-acara antarabangsa yang utama termasuk Maraton Pertubuhan Kerjasama Shanghai Kunming, the Colorful Yunnan Granfondo Cycling Festival, dan China Nujiang River Kayak Wild Water Open, di samping pertandingan terkenal seperti Siri Gunung dan Tasik Dataran Yunnan.
Provinsi itu menganjurkan lebih daripada 2,000 acara sukan setiap tahun, menjana lebih daripada RMB10 bilion dalam pendapatan ekonomi.
Yunnan telah menambah baik infrastruktur pelancongan sukannya dengan stabil, dan mengembangkan tawaran produk pada tahun-tahun akhir ini, sekali gus membina ‘kitaran aktiviti luar di bandar selama satu jam’.
Difahamkan, usaha tersebut menggandakan skala industri sukan di provinsi itu dalam tiga tahun, dengan pertumbuhan tahunan purata melangkaui 23 peratus. Menjelang penghujung tahun ini, skala keseluruhan industri sukan itu dan sektor terbabit di serata provinsi dijangka akan melepas angka RMB100 bilion.
Langkah bersepadu yang diambil Yunnan dengan menggabungkan landskap alam semula jadi, budaya etnik, pelancongan kesihatan, latihan sukan dan rekreasi luar tersebut telah menarik lebih daripada 20 perusahaan terkemuka dari luar provinsi itu, memupuk lebih 130 operator tempatan, can mencipta 150 projek pelancongan premium bertaraf provinsi, serta 64 projek kebudayaan sukan yang luar biasa.
Pada Oktober lalu, Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Kebangsaan China serta jabatan-jabatan lain telah memperkenalkan destinasi luar yang berkualiti tinggi kumpulan pertama, dengan dua tapak di Yunnan berjaya memasuki senarai tersebut.
- Sukan Nic Curi Perhatian
- Kaktus Ubah Bukit Tandus Jadi Pemandangan Penuh Kehijauan
- Teknologi Tinggi Dipamerkan Semasa Ekspo China-Asia Selatan ke-9 di Kunming
- Bunga Teratai Gergasi Kembang Mekar di Yunnan
- 161 Bangunan Masih Baik Terpelihara di Pekan Purba Jianchuan
- Sungai Lancang: Pemandangan Ladang Teres Musim Panas dari Udara
- Keajaiban Alam, Kuala Sungai di Yunnan Rupa “Stimbot”
- Kaum Etnik Yi Raikan Pesta Obor di Yunnan
- Halaman Kebudayaan Pelihara, Pamer Warisan Budaya di Pekan Purba Lijiang
- Industri Lada Sichuan Berkembang Maju di Yunnan
- Bukit Dali Hadiahkan Pemandangan Awal Musim Sejuk Nan Warna-Warni
- Industri Bunga Berkembang Mekar di Kaunti Yao’an
- Projek Hidrokuasa di Yunnan Tarik Pelancong, Penduduk Kampung Raih Pendapatan Stabil
- Forum Kerjasama Media BRI 2025 Himpun 200 Wakil Antarabangsa di Kunming
- Majlis Anugerah Berita Global Jalan Sutera ke-2 di Kunming
- B&B Popular di Denai Gaung Lompat Harimau Jadi Hab Pelancong di Yunnan
- Buah Epal Bawa Kemakmuran Buat Penduduk Kampung di Yunnan
- Jagung Hiasan Beri Limpahan Rezeki Buat Petani di Yunnan
- Kampung Liaohu Terkenal Dengan Tradisi Pembuatan Tembikar Ribuan Tahun
- Wanita Warga Emas di Yunnan Jalani Hidup Lebih Bermakna Menerusi Lukisan




