Pelaburan Langsung Luar Negara China Naik 7% 10 Bulan Pertama 2025

(CRI)Rabu 26 November 2025

Pelaburan langsung luar negara (ODI) China mencecah RMB1.033 trilion (RM603 bilion) pada 10 bulan pertama tahun ini, meningkat tujuh peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Kementerian Perdagangan China.

Daripada jumlah itu, pelabur China telah membuat pelaburan langsung bukan kewangan berjumlah RMB872.6 bilion (RM509 bilion) ke 9,553 perusahaan di 152 buah negara dan wilayah, sekaligus menyaksikan peningkatan kira-kira enam peratus.

Manakala pelaburan bukan kewangan oleh syarikat China di negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berjumlah RMB234.15 bilion (RM137 bilion), meningkat sebanyak 22.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bagi projek luar negara pula, perusahaan China telah menandatangani kontrak baharu bernilai RMB1.333 trilion (RM778 bilion) untuk projek pembinaan di negara-negara BRI, meningkat 24.4 peratus berbanding tahun lalu, manakala hasil kerja yang disiapkan berjumlah RMB 804.24 bilion (RM469 bilion), meningkat sebanyak 9.4 peratus.

Video

Berita Berkaitan