- Lain-lain
Xi Ucap Takziah atas Insiden Kebakaran di Hong Kong
Kebakaran besar yang berlaku di beberapa bangunan kediaman di Wang Fuk Court, Tai Po Hong Kong pada petang Rabu telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan serius.
Presiden China Xi Jinping telah memberi perhatian serius terhadap insiden tersebut.
Xi menerusi Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, telah menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa termasuk anggota bomba yang terkorban dalam kebakaran itu.
Beliau turut mengarahkan Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Macau Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) serta Pejabat Kerajaan Pusat di Hong Kong untuk memberikan sokongan penuh kepada kerajaan SAR Hong Kong dalam usaha memadam kebakaran, operasi mencari dan menyelamat, rawatan mangsa yang tercedera serta pengurusan bantuan pasca bencana.
Xi yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC turut menegaskan supaya semua langkah diambil bagi mengurangkan jumlah korban dan kerugian.
Kerajaan Hong Kong telah mengaktifkan mekanisme kecemasan. Pasukan kerja kecemasan telah ditubuhkan untuk berkomunikasi rapat dengan kerajaan SAR, sekali gus menjalankan tugas penyelamatan.
Kerja berkaitan sedang dijalankan buat masa kini.
- 12 Maut, Kilang Kimia Meletup di India
- Kebakaran Hutan Los Angeles: Angka Kematian Meningkat kepada 24
- Kebakaran Hutan Sichuan: 3,396 Individu Dipindahkan
- Penjara di Haiti Terbakar, Banduan Dipindahkan
- Pelanggaran Peraturan Pembina Punca Insiden Kebakaran di Xinyu
- 2 Maut Kebakaran Bangunan Kediaman di Korea Selatan
- Tiga Maut Kebakaran di Utara Paris
- Arahan Xi untuk Selamatkan Mangsa Kebakaran di Shanxi
- Hawaii Terbakar: Respons Penyelamatan yang Terlalu Lambat
- Enam Maut Kebakaran Hutan di Hawaii




