China, ASEAN Setuju Laksanakan DoC Secara Berkesan

(CRI)Khamis 27 November 2025

China dan pelbagai negara anggota ASEAN sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan "Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan" (DoC) secara menyeluruh dan berkesan.

Selain itu usaha juga perlu dilakukan untuk memperkasakan kerjasama dalam perlindungan alam sekitar marin, penyelidikan sains serta operasi pencarian dan penyelamatan di laut.

Persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama ke-50 bagi Pelaksanaan DoC yang berlangsung di bandar Kunming, provinsi Yunnan China dari 24 hingga 26 November.

Dalam mesyuarat itu, pelbagai pihak bertukar pendapat secara mendalam mengenai situasi semasa di Laut China Selatan, keadaan pelaksanaan DoC dan kerjasama dalam bidang maritim.

Pelbagai pihak bersetuju mempercepatkan rundingan mengenai 'Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan' bagi memuktamad CoC secepat mungkin untuk bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Mesyuarat ini dipengerusikan bersama oleh Naib Pengarah Jabatan Keselamatan Maritim dan Sempadan, Kementerian Luar China, Tan Qingsheng dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Malaysia Datin Adina Kamarudin.

Video

Berita Berkaitan