China Prihatin Terhadap ART Malaysia-AS

(CRI)Jumaat 28 November 2025

China mempunyai keprihatinan serius terhadap sebahagian kandungan dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China pada Khamis, susulan perbincangan dua hala antara China dan Malaysia berhubung ART di Beijing, baru-baru ini.

Menurut jurucakap itu, China gembira melihat Malaysia berupaya menyelesaikan perbezaan pendapat dengan negara lain menerusi perjanjian perdagangan.

Bagaimanapun, sebarang perjanjian tidak seharusnya menjejaskan pembangunan perdagangan global dan kerjasama serantau serta tidak boleh menjejaskan kepentingan China.

Justeru, China berharap Malaysia dapat mempertimbang terlebih dahulu kepentingan sendiri untuk tempoh jangka panjang dan menangani isu berkenaan dengan baik.

Difahamkan, Malaysia telah memberikan penjelasan berhubung keprihatinan China, di samping menyatakan penghargaan terhadap perkongsian jangka panjang antara kedua-dua negara.

Ini termasuk bersedia untuk terus memperdalamkerjasama Malaysia-China dalam bidang perdagangan dan ekonomi.

Video

Berita Berkaitan