- Lain-lain
Lebih 7,000 Kilang Pintar Canggih di China

Foto yang diambil pada 4 Julai 2025 ini menunjukkan barisan pengeluaran komputer riba di kilang pintar neutral karbon milik Lenovo di Tianjin, utara China. (Xinhua/Zhao Zishuo)
China telah membina lebih 7,000 kilang pintar canggih dan menjadi pangkalan pembuatan pintar terbesar dunia, maklum Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China pada Khamis.
Xin Guobin, naib menteri industri dan teknologi maklumat mengumumkan data berkenaan dalam ucapannya pada Persidangan Pembuatan Pintar Dunia 2025, yang berlangsung hingga Sabtu di Nanjing, ibu provinsi Jiangsu, timur China.
Menurut Xin, hasil pelaksanaan langkah-langkah khusus berorientasikan sektor serta pendekatan menyasarkan perkembangan bercorak gradien, China telah menubuhkan 500 kilang pintar tahap unggul – dan 15 syarikat telah dipilih untuk senarai inkubator kilang pintar tahap perintis.
Dalam pada itu, China juga telah memajukan kapasiti pembekalan bertaraf global untuk penyelesaian sistematik. Keseluruhan skala perindustrian bagi perkakasan pembuatan pintar, perisian perindustrian dan penyelesaian sistematik di China telah melebihi paras 4.5 trilion yuan.
Pembekal penyelesaian sistematik pembuatan pintar dalam sektor-sektor seperti kenderaan siap dipasang serta bateri dan petrokimia sedang mempercepat peluasan khidmat mereka di persada global, dengan rangkaian perkhidmatan yang mencakupi kawasan-kawasan pengeluaran utama di merata dunia.
Pada 2024, China melaksanakan program perkembangan (progresif) bercorak gradien untuk kilang-kilang pintar seluruh negara, berikutan sebuah pekeliling yang dikeluarkan oleh MIIT bersama lima badan kerajaan lain. Dinilai dari sudut kematangan teknologi dan kedalaman integrasi, kilang-kilang pintar telah dibahagikan kepada empat tahap iaitu asas, canggih, unggul dan perintis.
- Industri Panel Paparan China Menyerlah di Pentas Global
- Tempat Kecil di China Lahirkan Industri Besar
- Ningbo Percepat Usaha Menuju ke Arah Hab Pembuatan Maju Global
- Pameran Tetap Dibuka di Pusat Pameran Zhongguancun
- Bateri Buatan China Jadi Buruan di Pasaran Global
- "Pembuatan Pintar China" Jadi Fokus CONEXPO-CON AGG
- Nilai Pengeluaran Kluster Industri Pembuatan Canggih China Mencecah RMB20 Trilion
- Jumlah Perusahaan Berteknologi Tinggi Xinjiang Catat 1,368
- Penaiktarafan Pembuatan Peralatan Canggih, Titik Pertumbuhan Ekonomi China




