Permintaan Produk Pemanas Kian Meningkat, Pamer Daya Tahan Perdagangan Asing China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 01 Disember 2025

Pada penghujung November, para pekerja di Syarikat Gengxin Appliance Industry di Cixi, sebuah bandar bertaraf kaunti yang ditadbir oleh Ningbo di Provinsi Zhejiang, timur China, kebiasaannya akan sibuk untuk memasang pemanas yang bakal di hantar ke pasaran luar negara.

Li Qiang, pengurus perdagangan asing syarikat itu berkata bahawa, pesanan pemanas ditempah sehingga penghujung Disember. Pada 11 bulan pertama tahun ini, jumlah eksport pemanas keseluruhan syarikat itu direkodkan sekitar RMB100 juta (kira-kira AS$14.12 juta), iaitu peningkatan hampir 10 peratus dari tahun ke tahun.

Permintaan untuk produk seperti peralatan rumah, pemanas dan hadiah musim percutian ketika ini sedang mencanak naik. Inovasi teknologi dilihat menjadi mendorong dalam perubahan struktur perdagangan asing dan memacu terhadap penaiktarafan produk berorientasikan eksport.

Dengan ketibaan musim beli-belah ‘Black Friday’ dan Hari Natal, permintaan dijangka akan terus mengukuh. Kesemua itu secara tidak langsung menunjukkan daya tahan perdagangan asing China.

“Kini, terdapat lebih daripada 100 syarikat di Cixi yang khusus menghasilkan dan mengeksport pemanas, termasuk beberapa pemain utama dengan eksport tahunan melebihi AS$10 juta,” ujar Huang Weiqun dari jabatan pemeriksaan Kastam Cixi di bawah Kastam Ningbo.

Dalam pada itu, Li berkata bahawa, dengan membina gudang menegak pintar dan membangunkan sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) yang baharu, syarikat itu telah meningkatkan kapasiti penyimpanan sebanyak 2.5 kali ganda, dan melonjakkan output bulanan kepada 100,000 unit, sekali gus memberikan keyakinan dan keupayaan untuk mengambil lebih banyak pesanan.

Sementara itu, peningkatan dalam permintaan pemanas turut memberi manfaat buat sektor tekstil rumah.

Menurut wakil daripada Alibaba.com, musim kemuncak untuk produk pemanas berterusan dari September hingga Januari. Pada September tahun ini, carian harian tentang selimut bawah melonjak sebanyak 155 peratus, selimut elektrik 224 peratus, dan transaksi selimut Raschel naik 132 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Peningkatan dalam pesanan luar negara berpunca daripada peralihan pengenalpastian keperluan pengguna. Kebergantungan terhadap inovasi teknologi untuk mencipta produk tersuai telah menjadi satu konsensus antara firma perdagangan asing yang ingin menaiktaraf tawaran masing-masing dan mengembangkan pasaran mereka.

Liu Xiangdong, timbalan pengarah Jabatan Penyelidikan Ekonomi di Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China berkata bahawa, produk eksport China sedang bergerak menjadi kelas tinggi, secara tidak langsung menjadi dorongan kepada pembangunan perdagangan asing.

Peralihan tersebut telah meningkatkan kedudukan rantaian nilai global produk ‘Buatan China’ dan menggalakkan syarikat tempatan untuk melabur lebih banyak dalam R&D, serta memupuk tenaga produktif berkualiti baharu.

Video

Berita Berkaitan