Kumpulan Rakan Komited Bersinergi Gerakkan Inisiatif UN80

(CRI)Jumaat 12 Disember 2025

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong mewakili 43 anggota 'Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global' menyampaikan kenyataan bersama pada sesi Perhimpunan Agung PBB berhubung Inisiatif UN80 pada Khamis.

Fu berkata, Inisiatif UN80 perlu mengutamakan kualiti dan keberkesanan serta memberi tumpuan kepada keprihatinan negara membangun.

Pada masa sama, proses reformasi PBB perlu dilakukan secara telus dan inklusif.

Menurut beliau, 'Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global' komited mengukuhkan kerjasama dengan semua pihak dalam menggerakkan Inisiatif UN80 ke arah lebih kondusif bagi membina sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah serta berfaedah kepada pembangunan PBB dan kepentingan bersama negara anggota.

Video

Berita Berkaitan