- Lain-lain
Putera Mahkota Arab Saudi Terima Kunjungan Menteri Luar China

Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Perdana Menteri negara itu, Mohammed bin Salman (MBS)telah menerima kunjungan Menteri Luar China, Wang Yi di Riyadh semalam.
MBS menyatakan bahawa Arab Saudi bersedia untuk memperincikan pelaksanaan projek kerjasama dengan China dalam bidang minyak dan gas, tenaga alternatif, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi canggih. Pihaknya menyokong China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak China-Arab Kedua dan Sidang Kemuncak China-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Kedua pada tahun 2026, di damping mendorong penyelesaian rundingan perjanjian perdagangan bebas GCC- China dengan secepat mungkin.
Selain itu, MBS mengucapkan terima kasih kepada pihak China atas usaha yang dilakukan untuk menormalkan hubungan antara Arab Saudi dan Iran. Arab Saudi bersedia untuk mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan China dalam hal ehwal multilateral antarabangsa.

Wang pula berkata, pihak China bersedia menjadi rakan yang paling dipercayai Arab Saudi dalam proses pembangunan negaranya, melalui peningkatan kerjasama yang saling menguntungkan dalam segala aspek termasuk sumber tenaga, industri baharu dan industri masa depan yang dilihat kondusif bagi membawa prospek baharu kepada Perkongsian Strategik Komprehensif China-Arab Saudi.
Selain itu, China akan berusaha bersama-sama negara GCC untuk menyegerakan rundingan tentang perjanjian perdagangan bebas, dan mengekalkan komunikasi rapat dengan Arab Saudi untuk menyumbang lebih banyak faktor kestabilan, keamanan dan keselamatan ke rantau Asia Barat.
- Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab Lebih Erat - PM Li Qiang
- China Sedia Rapatkan Kerjasama dengan Arab Saudi, Kata PM Li Qiang
- China, Arab Saudi Saksikan Lonjakan Besar dalam Kerjasama - PM Li
- Li Qiang Bakal Lawat Arab Saudi, UAE
- Arab Saudi Menjadi Destinasi Pelancongan Berkumpulan China
- China, Bahrain Tubuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif
- China Sedia Rapatkan Hubungan dengan Negara Arab
- Pertemuan Wang Yi dengan Para Hadirin Mesyuarat Menteri Ke-10 Forum Kerjasama China-Arab
- Xi Bakal Hadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 CASCF
- Xi Balas Surat Pelajar "Projek Seratus Sekolah" di UAE




