Trend Pembangunan China Tidak Dapat Dihalang: Diplomat Veteran Singapura Kishore Mahbubani

(CRI)Isnin 15 Disember 2025

Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial China memberi keutamaan kepada pembangunan bermutu tinggi, dan ini keputusan yang amat bijak, kata Mantan Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kishore Mahbubani ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Pada penghujung 2025, China mengadakan Sidang Kerja Ekonomi Pusat untuk menggariskan pembangunan ekonomi negara bagi 2026, sekali gus meletakkan asas untuk pelaksanaan FYP-15 (2026-2030).

Mahbubani turut memberikan penilaian positif terhadap komitmen China yang mementingkan pembangunan untuk jangka masa panjang.

Pada awal November lalu, Mahbubani buat kali pertama menyertai Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE).

Beliau amat teruja melihat China menjadi satu-satunya negara di dunia yang menganjurkan ekspo import.

Beliau mengatakan bahawa dunia Barat sentiasa meminta China melayan mereka secara adil.

"Negara-negara itu mengimport banyak barangan dari pelbagai tempat di dunia pada masa dahulu. Mereka berupaya menganjurkan ekspo import namun tidak," ujar beliau.

Mahbubani berkata, China baru-baru ini mengumumkan keputusan untuk menurunkan kadar tarif terhadap produk import dari negara-negara Afrika ke taraf sifar dan ini langkah amat signifikan yang membantu pembangunan Afrika.

"Sebaliknya Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar tarif terhadap kebanyakan negara termasuk negara-negara Afrika dalam masa setahun lalu.

“Pada pandangan saya, menghentikan kekangan terhadap China merupakan tindakan yang bijak bagi AS kerana trend pembangunan China tidak dapat dihalang," kata beliau.

Video

Berita Berkaitan