Persidangan UNCAC ke-11 di Doha

(CRI)Selasa 16 Disember 2025

Persidangan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Anti-Rasuah (UNCAC) ke-11 dirasmikan di Doha, Qatar pada Isnin.

Ketua Delegasi China merangkap Naib Menteri Luar, Hua Chunying semasa berucap pada persidangan berkenaan menegaskan bahawa Parti Komunis China dan kerajaan China dengan tegas menentang rasuah.

Beliau berkata China akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada tahun hadapan dan akan menganjurkan siri mesyuarat anti-rasuah selain mengalu-alukan semua pihak untuk mengambil bahagian secara aktif bagi menggalakkan pertukaran dan kerjasama.

Hua berkata dengan mengambilkira pelbagai cabaran sejak kebelakangan ini, Presiden Xi Jinping telah mengemukakan "lima perkara" yang harus ditekankan berhubung tadbir urus global.

"Lima perkara" berkenaan merangkumi mempertahankan kesamarataan kedaulatan, penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, amalan multilaterlisme, berpaksikan rakyat dan keberkesanan, yang kesemuanya dilihat kondusif bagi melaksanakan kewajipan yang termaktub dalam UNCAC.

Sebagai perjanjian paling berwibawa dan berpengaruh dalam bidang anti-rasuah, UNCAC dimeterai oleh 192 negara.

Video

Berita Berkaitan