- Lain-lain
China Secara Proaktif Dorong Rundingan Damai Kemboja, Thailand

China menyokong Kemboja dan Thailand mengadakan dialog langsung, menyokong usaha pengantaraan yang dilakukan ASEAN khususnya Malaysia, serta menyokong pencarian penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak Kemboja dan Thailand di bawah rangka ASEAN.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun ketika mengulas mengenai konflik kekerasan yang berlaku di sempadan Kemboja-Thailand, dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin.
Guo menekankan bahawa keutamaan pada masa ini adalah menghentikan kekerasan dan melindungi penduduk awam.
"Kemboja dan Thailand diharap bersabar dan mengambil segala tindakan yang kondusif untuk mewujudkan gencatan senjata demi meredakan ketegangan situasi," kata beliau.
Guo berkata, sejak konflik tercetus di sempada Kemboja-Thailand, China berkomunikasi rapat dengan kedua-dua pihak melalui pelbagai saluran dan di pelbagai peringkat, secara proaktif melakukan pengantaraan untuk mewujudkan syarat-syarat dan platform demi dialog antara Kemboja dan Thailand.
"China sedang dan akan terus berusaha sedaya upaya untuk mendorong rundingan damai, selain memainkan peranan membina mengikut cara negara ini supaya gencatan senjata dan pemulihan keamanan dapat diwujudkan antara Kemboja dan Thailand," kata Guo.
- Malaysia Komited Terus Sokong Dialog Damai Thailand-Kemboja
- China Terus Komited Bantu Redakan Konflik Sempadan Thailand-Kemboja
- PBB Bimbang Pertempuran Semula di Sempadan Thailand-Kemboja
- Konflik Sempadan Thailand-Kemboja Kembali Tegang
- Thailand, Kemboja Harus Bertenang dan Bertindak Sehaluan: MFA
- Thailand Tidak Lagi Patuhi Perisytiharan Damai dengan Kemboja
- China Sokong Kemboja, Thailand Selesai Pertikaian Menerusi Dialog
- China Sedia Main Peranan Redakan Konflik Kemboja-Thailand
- Menteri Luar China, Kemboja, Thailand Adakan Pertemuan Santai Tangani Isu Sempadan
- Kemboja Bantah Dakwaan Thailand tentang Pelanggaran Konvensyen Ottawa




