China, Singapura Sedia Tingkatkan Kerjasama Dua Hala ke Tahap Lebih Tinggi

(CRI)Selasa 16 Disember 2025

Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Singapura Gan Kim Yong di sini, pada Isnin.

Ding menyatakan bahawa perkembangan hubungan China-Singapura yang mantap dalam jangka masa panjang adalah hasil daripada bimbingan strategik oleh pemimpin kedua-dua negara.

"Kita harus meningkatkan kepercayaan politik dan menghormati kepentingan teras masing-masing, supaya memastikan hubungan persahabatan dan kerjasama sama menang antara kedua-dua negara ini terus berkembang dengan mantap," kata Ding.

Gan pula berkata, Singapura memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan dengan China, mempertahankan dasar satu China dan menentang “kemerdekaan Taiwan”.

"Singapura bersedia mengeratkan pertukaran lawatan dengan China dalam pelbagai peringkat untuk mendorong hubungan kedua-dua negara terus maju ke depan," kata Gan.

Selepas pertemuan, Ding dan Gan turut mengunjungi pameran hasil kerjasama China-Singapura, menghadiri upacara pelancaran kereta api antarabangsa Chongqing-Asia Tengah dan Chongqing-Asia Tenggara, mengunjungi pameran komprehensif projek kesalinghubungan China-Singapura dan Pusat Pengoperasian dan Tadbir Urus Kota Pendigitalan Chongqing.

Mereka juga bersama-sama mempengerusikan siri mesyuarat di bawah rangka kerjasama dua hala.

Antaranya Mesyuarat ke-21 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Dua Hala China-Singapura, Mesyuarat ke-26 Majlis Penyelarasan Bersama Taman Perindustrian Suzhou China-Singapura, Mesyuarat ke-17 Majlis Penyelarasan Bersama Eko-kota Tianjin China-Singapura, serta Mesyuarat ke-9 Majlis Penyelarasan Bersama Projek Teladan Kesalinghubungan Strategik China-Singapura (Chongqing).

Video

Berita Berkaitan