Kereta Api Kargo Chongqing-Asia Tengah, Asia Tenggara Beroperasi

(CRI)Selasa 16 Disember 2025

Sebuah Kereta Api Kargo Chongqing-Asia Tenggara yang membawa produk kimia, alat ganti dan komponen motosikal meninggalkan Stesen Yuzui Chongqing, menuju ke Qinzhou Guangxi pada 15 Disember. Selepas itu, barang tersebut akan dihantar ke Singapura menggunakan pengangkutan laut.

Pada masa sama, sebuah kereta api kargo yang membawa komponen kenderaan bertolak dari Chongqing, menuju ke Kazakhstan menerusi pintu Alashankou Xinjiang, menyaksikan pengoperasiannya kereta api Chongqing ke Asia Tengah.

Kedua-dua kereta api kargo tersebut akan digabungkan masing-masing dengan Laluan Darat dan Laut Baharu, dan Kereta Api Kargo China-Eropah, menjadi praktik pengamalan pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) antara China-Singapura, sekali gus menyumbang kepada pembinaan koridor perdagangan yang menggabungkan kawasan barat China dengan Asia dan Eropah, selain menyuntik penggerak baharu kepada kerjasama rentas sempadan dan pembangunan terselaras antara wilayah.

Video

Berita Berkaitan