Naib PM China Terima Kunjungan Delegasi DAP

(CRI)Selasa 16 Disember 2025

Naib Perdana Menteri China, He Lifeng menerima kunjungan delegasi Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang diketuai oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di Beijing, pada Isnin.

He yang juga merupakan Ahli Biro Politik Pusat Parti Komunis Chinaberkata Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan sebanyak dua kali pada tahun ini dan mendorong kepada penaiktarafan hubungan bilateral antara Beijing dengan Kuala Lumpur.

Sehubung itu, China berhasrat untuk terus bekerjasama rapat dengan Malaysia termasuk menekankan kepentingan kepimpinan tinggi, memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan, memperkukuhkan pertukaran budaya dan peradaban serta menyumbang kepada pembangunan secara terbuka dan inklusif di peringkat dunia.

China berharap dapat mencipta "lima dekad emas" yang baharu dalam hubungan bilateral antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Anthony Loke yang juga merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia pula menyatakan kesediaannya mengukuhkan hubungan antara parti DAP dengan China bagi menggalakkan hubungan kedua-dua negara berkembang secara berterusan.

Video

Berita Berkaitan