Jepun Perlu Minta Maaf Secara Rasmi - Saksi Pencerobohan Jepun di China

(CRI)Rabu 17 Disember 2025

Don Grant, seorang warga Britain yang pernah menyaksikan kelakuan kejam tentera Jepun di Shanghai semasa negara itu menceroboh China, telah menceritakan pengalaman sendiri dalam satu acara memperingati kemenangan Perang Dunia II yang diadakan di Birmingham, United Kingdom baru-baru ini.

Beliau menekankan, Jepun perlu memohon maaf secara rasmi atas jenayah pencerobohan yang dilakukan di China.

"Saya berasa amat kecewa. Jerman sudah meminta maaf dan saya tidak faham kenapa Jepun tidak berbuat sedemikian.

"Saya masih ingat dengan jelas tentang keadaan yang saya alami pada ketika itu. Jadi saya tahu keadaan yang dialami oleh rakyat China jauh lebih mengerikan pada masa itu.

"Kekejaman tentera Jepun telah diketahui umum, mereka berbuat begitu terhadap manusia adalah sangat salah. Setiap kali saya mengimbau kembali waktu itu, saya akan berasa sangat sedih," kata Grant.

Video

Berita Berkaitan