Menteri Luar China, Mesir Adakan Perbualan Telefon

(CRI)Rabu 17 Disember 2025

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty mengadakan perbualan telefon pada Selasa.

Dalam perbualan tersebut, Wang berkata kedua-dua pihak diharap dapat mengambil peluang sempena sambutan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik pada tahun 2026, mendorong perkongsian strategik komprehensif China-Mesir berkembang ke tahap baharu sekali gus membantu Selatan Global bersama-sama mewujudkan kemodenan serta memberikan sumbangan baharu kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Wang menambah, China akan menganjurkan Sidang Kemuncak China-Negara-negara Arab edisi kedua pada tahun depan, justeru bersedia untuk meningkatkan komunikasi dengan Mesir, selaku anggota penting dunia Arab, bagi menjayakan sidang tersebut.

Sementara itu, Badr Abdelatty berkata Mesir teguh mematuhi prinsip Satu China dan sentiasa menganggap Taiwan sebagai sebahagian dari wilayah China yang tidak boleh dipisahkan.

Beliau berkata, tahun 2026 merupakan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Mesir-China, justeru beliau berharap negara itu dapat memperkukuhkan lagi lawatan peringkat tinggi dengan China di samping memperdalam kerjasama untuk mendorong perkembangan hubungan dua hala dengan lebih lanjut.

Selain itu, Badr Abdelatty telah memaklumkan kemajuan terkini situasi di Gaza, dan menyatakan pihaknya menyanjung tinggi saranan penting China dalam menyelesaikan isu Palestin-Israel serta bantuan pusingan baharu terhadap Palestin.

Mesir menyokong China memainkan peranan penting dalam mewujudkan kedamaian dan pembangunan semula di Gaza.

Video

Berita Berkaitan