- Lain-lain
Forum Media China-Rusia Ke-6 Diadakan di Beijing
Forum Media China-Rusia ke-6 diadakan di Beijing pada Selasa, diserta kira-kira 140 wakil jabatan kerajaan dan media dari kedua-dua negara.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei menghadiri forum tersebut dan menyampaikan ucapan.
Para peserta berpendapat bahawa di bawah bimbingan strategik Presiden Xi Jinping dan Presiden Vladimir Putin, hubungan antara China dan Rusia mengekalkan perkembangan yang mantap, sihat dan bertaraf tinggi, sehingga menjadi teladan baik bagi hubungan antarabangsa baharu.
Kedua-dua pemimpin telah menandatangani dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk meningkatkan hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Rusia untuk koordinasi pada era baharu, pada Mei lalu. Kenyataan bersama itu turut menyatakan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan kerjasama media.
Menurut para peserta, badan media kedua-dua negara harus memfokuskan kepada topik-topik penting seperti penyelarasan antara Rancangan Lima Tahun ke-15 China dengan strategi pembangunan sosioekonomi Rusia, membuat laporan tentang hasil kerjasama yang sama menang dalam pelbagai sektor, dan membina jambatan untuk merapatkan hubungan persahabatan rakyat kedua-dua negara.
Pada masa sama, menurut mereka, badan media dari kedua-dua negara harus menggalakkan pertukaran dan interaski tamadun, berganding bahu untuk menghadapi reformasi dan cabaran pendigitalan dan kecerdasan, dan bersama-sama meningkatkan daya penyebaran dan pengaruh media.
- China, Rusia Adakan Latihan Pertahanan Peluru Berpandu Bersama
- Wang Yi Bertemu Sergei Lavrov di Moscow
- China, Rusia Kukuhkan Komunikasi dalam bidang Keselamatan Strategik
- Forum Perniagaan Sumber Tenaga China-Rusia ke-7 Diadakan di Beijing
- Xi Jinping Ucap Tahniah kepada Forum Perniagaan Sumber Tenaga China-Rusia
- PM Li Bertemu Putin di Moscow
- Pertemuan PM China-Rusia di Moscow bagi Perkukuh Kerjasama
- Xi Temui Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin
- Mesyuarat Tetap Ke-30 PM China-Rusia di Hangzhou
- China, Rusia Sedia Perkukuh Kerjasama




